Senin, 12 Januari 2009

1 Litre of Tears


1 Litre no Namida (Ichi Rittoru no Namida) "1 Litre of Tears"; juga dikenali sebagai A Diary with Tears atau A Diary of Tears) merupakan drama TV Jepun untuk Fuji Television mengenai sebuah kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berperang dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum mati pada usia 25 tahun.

Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit spinocerebellar ataxia. Beliau bermula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari tersebut telah diter bitkan. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.

Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit spinocerebellar ataxia dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.

Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.

Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.

Episod khas

Pada 5 April 2007, Fuji Television telah menyiarkan tiga jam khas siri untuk menceritakan kisah setengah tahun selepas pemergian Aya dengan memfokuskan kepada watak Haruto Asō yang telah menjadi seorang doctor di hospital yang sama tempat Aya mendapatkan rawatan dan juga Ako Ikeuchi iaitu adik Aya yang menjadi jururawat terlatih. Haruto bertemu dengan seorang pesakit yang berusia 14 tahun. Gadis itu sentiasa dibuli di sekolah dan mencederakan dirinya. Ia membuatkan Haruto mengenang kepayahan Aya berperang dengan penyakitkan dan hidup dalam keadaan dirinya yang kurang sempurna. Ini telah membantu Haruto agar memberi keyakinan dan galakan kepada pesakitnya itu.

Bila Hidup Itu Cermin

Bila hidup itu cermin

Maka isyarat apa yang mampu menyiratkan hidup bahwa kehidupan itu adalah sosok kita

Atau.... Sesosok kehidupan adalah penampakan dari wujud kita yang telah terpantulkan melalui lembar-lembar perjalanan

Maka,

Bila hidup itu cermin

Seharusnya kita lebih mengerti dan memahami hidup apa dan bagaimana yang telah dan akan dilalui agar mampu menempatkan diri padanya

Bila hidup itu cermin

Seharusnya kita dapat bersentuhan lebih dekat padanya agar kita mengetahui dengan jelas benar segala kekurangan yang terpantul dari cermin itu

Namun sayang,

Kita sering menganggap bahwa hidup itu adalah cermin cembung yang selalu melebih-lebihkan kekurangan dan mengurang-ngurangkan segala kelebihan yang kita miliki

Atau kita sering menganggap bahwa hidup itu adalah cermin cekung yang selalu memberikan kekecewaan pada apa yang dipantulkannya

Dan menganggap cermin kehidupan adalah wujud yang lari dari kenyataan...